Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

MAIPS Agih Zakat, Sumbang Kelengkapan Mengaji Kepada Pusat Koreksional Perlis

/ Archive MAIPs / Rabu, 31 Januari 2018 06:28

 

KANGAR, 31 Jan. 2018 (Rabu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM30,000 kepada 50 asnaf di Pusat Koreksional Perlis (PKPs) dekat sini, petang Selasa.

Baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs juga berkenan menyampaikan 10 set kelengkapan Al-Quran, buku Iqra' serta rehal untuk kegunaan Rumah Mengaji pusat koreksional berkenaan.

Pengarah Penjara Perlis, Penolong Kanan Komisioner Penjara (PKK) Mat Johir Asin @ Hashim dan Pengarah PKPs, Penolong Komisioner Penjara (PKP) Hamid Taha menerima sumbangan berkenaan bagi pihak pusat itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, program Rumah Mengaji merupakan salah satu inisiatif Jabatan Penjara Perlis melalui PKPs ke arah meningkatkan kemahiran dan kefahaman agama dalam kalangan penghuninya yang beragama Islam.

"Agensi-agensi agama Islam di Perlis seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Jabatan Mufti telah mengambil langkah proaktif melaksanakan pelbagai program dakwah dan pendidikan dengan kerjasama pihak pengurusan PKPs secara berkala," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sumber daripada BERNAMA

 

Please publish modules in offcanvas position.