Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Muda Perlis Sertai Penduduk Solat Sunat Gerhana Bulan

/ Archive MAIPs / Khamis, 01 Februari 2018 06:28

 

KANGAR, 1 Feb. 2018 (Khamis) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyertai penduduk negeri ini untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan di Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis di sini, malam tadi.

Pensyarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Syeikh Soleh Abd. Nasir mengimamkan solat Isyak berjemaah yang disusuli dengan solat sunat berkenaan.
Sebaik sahaja tamat, Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin telah menyampaikan khutbah gerhana.

Tuanku Syed Faizuddin kemudian berkenan bersama-sama orang ramai menyaksikan sendiri fenomena alam itu dengan menggunakan teleskop yang disediakan bersebelahan masjid berkenaan.

Selain masjid berkenaan, masjid-masjid utama lain di seluruh negeri turut tidak ketinggalan untuk mengadakan solat yang sama.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi.
Kejadian itu menyaksikan bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara kepada warna kemerahan dan kembali ke warna aslinya sepanjang tempoh lima jam. 

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.