Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Muda Perlis Sertai Kayuhan Amal

/ Archive MAIPs / Isnin, 05 Februari 2018 06:28

 

KUALA LUMPUR, 5 Feb.2018 (Isnin) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengambil bahagian di dalam program 'Kayuhan CSR KFC-Pizza Hut' sejauh 18 kilometer yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang semalam.

Keberangkatan baginda disambut oleh Pengarah Urusan pengendali restoran makanan segera terbesar di rantau ini iaitu QSR Brands (M) Holdings Bhd, Datuk Mohamed Azahari Kamil dan Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris.

Kayuhan tersebut melalui jalan-jalan serta lorong-lorong bertar dan juga di dalam ladang di sekitar kampus UPM dan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Para peserta kayuhan turut meluangkan masa singgah di Rumah Perlis yang terdapat di MAEPS dan mendapat taklimat khas mengenai kemudahan yang disediakan di MAEPS disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasinya, Norafizah Rahman.

Di akhir program, baginda berkenan mewakili ahli-ahli kayuhan menyerahkan sumbangan ihsan hasil kutipan dari para peserta kepada 30 orang kanak-kanak terpilih dari kalangan keluarga asnaf warga kerja UPM dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM berbentuk sedikit wang tunai, beg sekolah dan peralatan tulis menulis serta set makanan daripada KFC kepada setiap seorang penerima.

Turut disumbangkan hasil kutipan para peserta yang mengambil bahagian ialah wang tunai dan barang-barang keperluan dapur kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim Baitul Barokah yang mempunyai 191 orang penghuni pada ketika ini.

Majlis ditutup dengan baginda dan para peserta menjamu selera dengan dihidangkan menu istimewa QSR Brands bersempena sambutan tahun baru cina 2018 ini berupa 'Golden Egg Crunch' oleh KFC dan 'Cheese Sang' dari Pizza Hut di outlet Kentucky Fried Chicken (KFC) yang beroperasi di Stesen Shell, Jalan Putra Permai, Bandar Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.