Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Keamanan Al-Quds Adalah Tanggungjawab Sejagat- Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Keamanan Al-Quds Adalah Tanggungjawab Sejagat- Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Sabtu, 10 Februari 2018 06:28

 

KUALA LUMPUR, 10 Feb. 2018 (Sabtu) - Keamanan kota Al-Quds merupakan tanggungjawab sejagat yang melibatkan masyarakat antarabangsa di semua peringkat.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selepas berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran "Tabung Untuk Aqsa Negeri Perlis" yang diadakan bersempena 'Bengkel Pemantapan ICT' anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Hotel Seri Pacific malam tadi.

Keberangkatan baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa ICT MAIPs Hj Azlan Hussain.

"Semua pihak harus komited dalam menjaga keamanan kota Al-Quds. Semua manusia berhak untuk hidup dalam keadaan aman," titah baginda.

Tabung untuk Aqsa dilancarkan oleh baginda selaku Yang Dipertua MAIPs bersempena 'Program Prihatin Al-Quds' yang bakal dilaksanakan pada 13 Februari 2018 yang akan datang di Masjid Tuanku Syed Putra Kangar yang bakal menampilkan kehadiran Sheikh Dr. Ekremah Sai'd Sabry, Mantan Mufti Palestin dan Imam Masjid Al-Aqsa.

Kutipan tabung berkenaan akan melibatkan sumbangan daripada masyarakat, warga jabatan-jabatan kerajaan dan swasta di seluruh Negeri Perlis, selain turut menerima sumbangan yang dikutip di IPT-IPT, sekolah-sekolah dan masjid-masjid di Perlis sehingga 16 Februari 2018.

Baginda turut berkenan melancarkan paparan jumlah terkini kutipan tabung berkenaan di laman portal MAIPs.

Masyarakat Perlis yang berhasrat memberikan sumbangan untuk tabung berkenaan boleh berbuat demikian melalui MAIPs. Untuk maklumat lanjut, layari www.maips.gov.my. 

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE