Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Imam Masjid Al-Aqsa Kunjungi Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Imam Masjid Al-Aqsa Kunjungi Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Selasa, 13 Februari 2018 07:28


ARAU, 13 Feb. 2018 (Selasa) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan mengadap hormat Imam Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr Ekremah Sai'd Sabri di Istana Arau di sini, hari ini.

Bekas Mufti Palestin itu berada di Perlis bagi menyampaikan pidato sempena program ‘Prihatin Al-Quds 2018’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Tuanku Syed Putra di sini, malam ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis Dr Hazman Hassan.

Tuanku merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menitahkan setinggi penghargaan kepada seluruh rakyat yang menyumbang kepada 'Tabung Untuk Aqsa Negeri Perlis' yang dilancarkan beberapa hari lalu.

"Anggota masyarakat yang belum berkesempatan tetapi berhasrat untuk memberikan sumbangan dialu-alukan berbuat demikian melalui MAIPs hingga 16 Februari ini dan untuk maklumat lanjut, layari www.maips.gov.my," titah Tuanku.

Sumber daripada Bernama

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE