Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Tingkatkan Persefahaman Sesama Kaum- Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Khamis, 15 Februari 2018 08:28

 

KANGAR, 15 Feb.2018 (Khamis) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat pelbagai kaum di negara ini agar saling meningkatkan persefahaman sesama mereka seterusnya mengeratkan perpaduan yang sekian lama terbina antara semua kaum.

Titah baginda, persefahaman silang budaya ini cukup penting demi keharmonian semua kaum di negara ini.

“Sikap saling hormat-menghormati dan bertoleransi sesama kaum merupakan kunci kepada kekuatan dalaman sesebuah negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat bercemar duli melawat beberapa kawasan masyarakat Tiong Hwa di sekitar bandar ini bagi mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada kaum itu semalam.

Kunjungan baginda yang berbasikal dari lokasi ke lokasi sejauh 17 kilometer (km) itu adalah bersempena program kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ‘Peduli, Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke- 13 bagi tahun ini.

Turut mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor; ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri; anggota Rejimen Sempadan (RS) serta Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia.

Kehadiran baginda secara spontan itu ternyata menceriakan masyarakat Cina yang turut mengambil peluang bertemu dan beramah mesra dengan baginda.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.