Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Muda Perlis Berkenan Sampai Zakat Kepada 120 Asnaf

/ Archive MAIPs / Selasa, 20 Februari 2018 08:28


KANGAR, 20 Feb. 2018 (Selasa) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyampaikan agihan zakatnya kepada 120 asnaf terpilih di Jalan Abi Tok Hashim di sini.

MAIPs dalam kenyataannya berkata Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan menyampaikan zakat berjumlah RM600 bagi setiap asnaf itu dalam satu majlis di Sekolah Rendah Islam 1 Yayasan Islam Perlis di sini, baru-baru ini.

"Pada majlis berkenaan baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan bernilai RM30,000 kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) itu," katanya.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Dr Mohd Mizan Mohamad Aslam.

Sumber daripada BERNAMA

 

Please publish modules in offcanvas position.