Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Muda Perlis Lawat Tapak Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Perlis

/ Archive MAIPs / Rabu, 21 Februari 2018 08:28

 

PADANG BESAR, 21 Feb.2018 (Rabu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bercemar duli mengadakan lawatan ke tapak pembinaan projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis di Bukit Chabang, Jalan Padang Besar di sini, semalam.

Keberangkatan baginda disambut oleh Ketua Unit Pembangunan Jabatan Pendidikan negeri, Rosli Kamaruddin.

Rosli kemudian telah mempersembahkan taklimat perkembangan projek terbengkalai itu yang kini sudah dimulakan kembali kerja-kerja pembersihan pada 1 Februari lalu manakala pembinaannya pula dijangka pada 1 Mac ini.

Difahamkan, apabila fasa pertama itu siap pada 1 Februari 2020, ia akan menempatkan seramai 400 orang pelajar dengan kemudahan-kemudahan seperti blok pentadbiran dan akademik, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, kuarters warden, dewan badminton, gelanggang terbuka dan juga trek olahraga.

Terdahulu, baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM600 setiap seorang kepada seramai 120 penerima dalam kalangan asnaf terpilih dari Kampung (Kg.) Titi Tinggi Ulu, Titi Tinggi Hilir, Alor Dalam, Baru Bukit Chabang, Bukit Chabang Selatan dan Bukit Chabang.

Penyampaian sumbangan MAIPs itu yang melibatkan keseluruhannya berjumlah RM72,000 itu diadakan di Masjid Al-Mustaghfirin, Kg. Bukit Chabang bersempena program kayuhan berbasikal 'MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf' Kali Ke-13 bagi tahun ini.

Sumber daripadaUTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.