Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sekolah Sukan Bukit Chabang Dijangka Siap Pada 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Sekolah Sukan Bukit Chabang Dijangka Siap Pada 2020

/ Archive MAIPs / Wednesday, 21 February 2018 09:28

 

PADANG BESAR, 21 Feb. 2018 (Rabu) - Pembinaan Sekolah Sukan Malaysia Perlis di Bukit Chabang di sini yang terbengkalai sejak 2015 akan disambung semula mulai 1 Mac ini dan fasa pertama dijangka siap pada 1 Feb 2020.

Menurut Ketua Unit Pembangunan Jabatan Pendidikan Perlis Rosli Kamaruddin, fasa pertama projek itu mengandungi blok pentadbiran, akademik, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, kuarters warden serta dewan badminton, gelanggang terbuka dan trek olahraga.

Beliau menyampaikan taklimat perkembangan projek itu kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan meluangkan masa melawat tapak projek tersebut, semalam.

Projek berharga RM80 juta itu terbengkalai selepas disiapkan tidak sampai 50 peratus oleh kontraktor terdahulu. Kontraktor baharu yang dilantik akhir tahun lepas telah memulakan kerja pembersihan tapak sejak 1 Feb lepas.

Terdahulu, baginda selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyampaikan sumbangan zakat majlis itu sebanyak RM600 setiap seorang kepada 120 asnaf terpilih dari Kampung Titi Tinggu Ulu, Alor Dalam, Kampung Bukit Baru Chabang, Bukit Chabang Selatan dan Bukit Chabang.

Sumber daripada BERNAMA

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE