Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Keharmonian Diantara Agama Mampu Perkukuh Perpaduan Nasional - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Khamis, 22 Februari 2018 10:28

 

PADANG BESAR, 22 Feb. 2018 ( Khamis) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar semua pihak terus berusaha untuk meningkatkan keharmonian dan persefahaman antara agama demi mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.

Baginda bertitah, keharmonian antara agama penting kerana merupakan pemangkin kepada kestabilan negara yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima kunjungan mengadap hormat oleh para pembentang Program Dialog Harmoni anjuran Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh, semalam.

Program itu mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan One Centre Malaysia Perlis.

Program Dialog Harmoni berkenaan menampilkan barisan pembentang daripada pelbagai latar belakang agama yang berbeza serta telah dihadiri oleh seramai 400 orang pelajar dan pensyarah PTSS.

Turut hadir ke program berkenaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Timbalan Pengarah Akademik PTSS, Roseliza Shaari.

Para pembentang pula terdiri daripada CEO One Centre Malaysia Perlis, Zamri Vinoth dan Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan Global Unity Network (Unity), Shah Kirit Kalkulal Govidji.

Turut serta Pastor TMC Damansara Central Representative For Christians for Peace and Harmony Malaysia (CPHM), J. Jonathan; Pengerusi Majlis Agama Hindu Terengganu, Dr. Balachandran dan pemimpin Persatuan Penganut Buddha Bodhi Kuala Lumpur, Wong Choon Tat.

Kesemua mereka kemudian turut berkesempatan meluangkan masa melihat sendiri program kayuhan berbasikal MAIPs Peduli Menjejak dan Menyantuni Asnaf Kali Ke-14 pada 2018 di Kampung Tunjung dan Beseri yang diketuai oleh baginda sendiri. 

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.