Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Budaya Revolusi Industri 4.0, Ekonomi Digital Wajar Diterap Di Sekolah - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Budaya Revolusi Industri 4.0, Ekonomi Digital Wajar Diterap Di Sekolah - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Khamis, 22 Februari 2018 11:28

 

KANGAR, 22 Feb. 2018 (Khamis) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan pihak sekolah di negeri ini supaya menerapkan budaya 'Revolusi Industri 4.0' untuk melahirkan sekolah masa hadapan yang berteraskan teknologi digital.

Titah baginda, para pelajar seawal usia itu hendaklah diberi pengenalan mengenai ekonomi digital dan Revolusi Industri 4.0.

"Ini adalah kerana realiti masyarakat hari ini berbeza dengan kehidupan 20 atau 40 tahun yang lalu. Sudah pasti juga akan berbeza pada lima, 10 atau 20 tahun yang akan datang.

"Revolusi Industri 4.0 semakin dirasai dalam kehidupan kita dalam dunia serba global ini. Contohnya, syarikat teksi terbesar di dunia kini tidak memiliki teksi seperti mana perkhidmatan teksi e-hailing, Uber.

"Begitu juga syarikat peruncitan bernilai tinggi di dunia kini tidak mempunyai sebarang inventori seperti mana syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba," titah baginda.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat bercemar duli melancarkan Program Titian Kasih Mega 2018 Anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis Peringkat Sekolah Menengah Kawasan Parlimen Arau yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, di sini hari ini.

Keberangkatan baginda ke program berslogankan 'Perlis Hebat-Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan' itu disambut oleh Setiausaha YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd. Darus dan Ketua Penyelaras Program, Kapten Azuan Mohd Nasir.

Program itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Mengenai program itu, ia akan melibatkan keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada setiap minggu ke 14 buah sekolah menengah di dalam kawasan Parlimen Arau bermula minggu hadapan sehingga Mei nanti.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin seterusnya bertitah, bagi mencapai matlamat menerapkan budaya Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital, ia perlulah mendapat sokongan daripada pihak institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

"Beta berharap Unimap dapat membantu sekolah dalam pendedahan berkaitan Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital bagi memastikan para pelajar membiasakan diri dan tidak ketinggalan dengan perubahan teknologi ini," titah baginda. 

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE