Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Negara, Rakyat Diharap Dilimpahi Kebaikan Sempena Tahun Baharu Cina - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Negara, Rakyat Diharap Dilimpahi Kebaikan Sempena Tahun Baharu Cina - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Monday, 26 February 2018 11:28

 

KANGAR, 26 Feb. 2018 (Isnin) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah berharap agar negara ini dan rakyatnya terus dilimpahi kebaikan sempena kedatangan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

Baginda bertitah, meskipun kepercayaan kepada sial ditolak, namun Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya supaya suka mengandaikan perkara baik akan berlaku.

“Perkara ini disebut sebagai ‘Al-Fa’lu Al-Hasan’ ataupun boleh dikatakan sebagai ‘good omen’ (petanda baik). Ini seperti mengharapkan tuah atau ‘ong’ dalam kepercayaan masyarakat Cina.

“Dalam konteks Islam, kita sentiasa mengandaikan bahawa Allah SWT akan memberikan sesuatu yang baik, ataupun menjadikan keadaan lebih baik,” titah baginda.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian selepas berkenan berangkat bercemar duli menghadiri majlis jamuan tengah hari sempena Tahun Baharu Cina yang dihoskan oleh Pengarah Urusan Bumita Development Sdn. Bhd., James Lee dan isterinya, Soonie Lee di sebuah restoran, di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda berdua turut berkenan menggaul ‘Yee Sang’ dan juga melepaskan gimik belon berwarna merah sebagai tanda kenangan di majlis tersebut bersama-sama para tetamu lain yang hadir.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE