Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 'Terap Rasa Bangga Selesai Masalah Rakyat' - Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

'Terap Rasa Bangga Selesai Masalah Rakyat' - Raja Perlis

/ Archive MAIPs / Rabu, 28 Februari 2018 12:28


ARAU, 28 Feb. 2018 (Rabu) - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah supaya ketua-ketua jabatan atau agensi kerajaan negeri dan Persekutuan yang berkhidmat di sini supaya sentiasa menerapkan rasa bangga apabila berjaya membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Baginda bertitah, setiap pegawai kerajaan haruslah merendah diri dengan bertemu rakyat dan berusahalah membantu mengatasi masalah mereka.

"Terapkan semangat dalam diri sendiri dan juga anggota sokongan untuk berasa bangga dan seronok setiap kali dapat membantu menyelesaikan sesuatu masalah rakyat yang meminta tolong," titah baginda.

Baginda bertitah demikian di majlis sembah mengadap memperkenalkan diri untuk berkhidmat oleh seramai 13 orang ketua jabatan kerajaan yang baru mula berkhidmat di negeri ini dalam sesi pertama 2018 di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, di sini semalam.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir mengiringi baginda berdua ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr. Syed Omar Syarifuddin Syed Ihsan.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, ketua-ketua jabatan di negeri ini hendaklah memastikan supaya corak kerja dalam kalangan warganya ditingkatkan menerusi produktiviti dan kadar efisien.

"Kita mestilah berdisplin dan tidak melakukan sebarang aktiviti atau kepentingan peribadi dalam masa waktu pejabat selain mengamalkan sikap 'Kepimpinan Melalui Teladan’.

"Jangan sekali-kali buat sebarang perangai yang tidak elok atau tidak senonoh kerana saiz negeri ini tidak besar dan dalam tempoh sejam dua jam berita tersebut akan sampai ke pengetahuan beta, apatah lagi kepada rakyat dan orang ramai.

"Sudah tentu ini akan memberikan kesan jangka pendek dan panjang kepada kerjaya serta keluarga masing-masing," titah baginda lagi.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE