Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MIDF Serah Zakat Bagi Kos Operasi Pusat Tuisyen Di Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

MIDF Serah Zakat Bagi Kos Operasi Pusat Tuisyen Di Perlis

/ Archive MAIPs / Wednesday, 28 February 2018 14:28

 

KANGAR, 28 Feb.2018 (Rabu) – Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) telah menyerahkan sebahagian zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada hari ini untuk menampung operasi pusat tuisyen di Kangar. 

Zakat berjumlah RM135,900 tersebut bakal digunakan untuk menampung kos operasi Pusat Celik Minda (PCM) di Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup, Kangar Perlis. Sumbangan zakat tersebut telah diserahkan oleh Encik Abdul Malek Abdul Hafiz, Ketua Perkhidmatan Korporat Kumpulan MIDF kepada Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs. 

MIDF telah bekerjasama dengan MAIPs dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN Perlis) dalam penyediaan pusat tuisyen bantuan penuh PCM bertempat di Taman Desa Asnaf yang sekarang memberi khidmat tuisyen percuma kepada 80 anak-anak asnaf untuk persediaan menghadapi Ujian Penilian Sekolah Rendah (UPSR). Pusat tersebut kini dalam tahun ketiga operasinya. 

Kos operasi Pusat Celik Minda termasuk penggajian guru-guru, makan minum serta pengangkutan untuk murid-murid yang terlibat ditanggung sepenuhnya oleh MIDF. Manakala MAIPs bertanggungjawab untuk pengurusan pusat tersebut. JPN Perlis pula memainkan peranan untuk mengenalpasti guru-guru cemerlang serta murid-murid asnaf untuk menghadiri kelas bimbingan di pusat tuisyen tersebut. 

Pusat Celik Minda telah mula beroperasi sejak Mac 2015 dengan menyediakan 40 murid-murid Darjah 6 untuk menduduki peperiksaan UPSR. Kini bilangan pelajar telah ditambah dengan 40 orang murid-murid Darjah 5.

 

Please publish modules in offcanvas position.