Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Pupuk Budaya Mentaliti Kelas Pertama Asas Pembangunan Modal Insan - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Khamis, 01 Mac 2018 15:28

 

KANGAR, 1 Mac 2018 (Khamis) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru rakyat agar menjauhi sikap mentaliti kelas ketiga, sebaliknya menyemai ciri-ciri modal insan berkualiti tinggi seiring dengan perubahan masa bagi emenuhi keperluan pembangunan negara.

Baginda bertitah, budaya tersebut yang dipupuk secara fizikal di negara-negara maju dicerminkan menerusi bentuk pemikiran ke hadapan yang wajar dicontohi di Malaysia.

"Sebagai contoh pengamalan teknologi hijau untuk penjagaan alam sekitar yang diamalkan di negara-negara seperti Jerman, Austria, Korea Selatan dan Skandinavia, harus dicontohi dalam kehidupan kita.

"Mentaliti kelas pertama khususnya dalam tindakan mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan berkualiti tinggi seiring dengan perubahan masa yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negeri, negara dan dunia," titah baginda.

Baginda yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bertitah demikian ketika berkenan berangkat bercemar duli merasmikan program 'Titian Kasih Mega' anjuran YTSP Perlis siri kedua 2018, Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Budriah, Padang Siding, di sini semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengetua sekolah itu, Nardin Bakar beserta Ketua Penyelaras program, Kapten Azuan Mohd. Nasir dan Hakim Khan.

Turut hadir mengiringi baginda berdua ialah Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail beserta seramai 330 orang pelajar tingkatan satu, dua dan tiga sekolah itu.

Program tersebut telah memasuki tahun ke-11 penganjurannya yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Slogan program yang dipilih bagi tahun ini ialah 'Perlis Hebat-Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan'.

Bersempena program tersebut Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan merasmikan dewan sekolah tersebut dikenali sebagai Dewan Dahlia.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.