Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 75 Asnaf, 27 Anggota Dan Ahli Keluarga Terima Sumbangan Sempena HTD

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

75 Asnaf, 27 Anggota Dan Ahli Keluarga Terima Sumbangan Sempena HTD

/ Archive MAIPs / Monday, 05 March 2018 16:28


KANGAR, 5 Mac 2018 (Isnin) - Seramai 75 orang asnaf serta 27 orang anggota, ahli keluarga dan veteran tentera yang memerlukan menerima sumbangan dalam Program Fund Ride yang diadakan sempena sambutan Hari Tentera Darat (HTD) Ke-85 di Markas 30 Briged Infantri, Kem Bukit Cowder, di sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bercemar duli bagi menyampaikan sumbangan berkenaan di Surau Al-Kawkaba di kem tersebut pukul 5 petang.

Lebih istimewa program yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu turut disekalikan dengan Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf sejauh 15 kilometer.

Seramai empat orang pesara tentera di kawasan berkenaan telah dilawati dalam program kayuhan itu dan menerima sumbangan.

Panglima 30 Briged, Brig. Jen. Hashim Aman Shah ketika ditemui berkata, pihaknya merasa bertuah kerana Tuanku Syed Faizuddin berkenan terlibat dalam program itu.

"Ini menunjukkan betapa Tuanku Syed Faizuddin begitu dekat dengan warga tentera dan rakyat," katanya.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

 

Please publish modules in offcanvas position.