Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masyarakat Perlu Tingkatkan Daya Saing Hadapi Cabaran Sejagat - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Masyarakat Perlu Tingkatkan Daya Saing Hadapi Cabaran Sejagat - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Thursday, 08 March 2018 20:28


 

ARAU, 8 Mac 2018 (Khamis) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa cabaran globalisasi masa kini yang pesat menyebabkan masyarakat pada masa ini tiada pilihan melainkan terpaksa perlu meningkatkan daya saing bagi menjadi ‘pemain sejagat’ di pentas dunia.

Baginda bertitah, dalam menghadapi dunia yang membangun dengan pesatnya, keperluan utama adalah untuk melahirkan golongan pelajar yang bukan sekadar cemerlang dalam akademik, malah mampu berhadapan dengan realiti cabaran kehidupan.

“Bait-bait ‘Jika diberikan aku 100 orang tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang tertangkup. Tetapi, jika diberikan 10 orang pemuda, nescaya aku akan dapat menggegarkan dunia” menjadi satu gagasan dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi muda.

“Pujangga juga pernah mengatakan bahawa generasi berwawasan pemangkin pembangunan dan hal ini jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya generasi muda sebagai ‘tulang belakang’ dalam pembinaan sesebuah negeri dan negara yang stabil ibarat “Pelajar kita, nadi kita, wajah kita,” titah baginda.

Demikian titah baginda yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis ketika berkenan berangkat bercemar duli merasmikan program ‘Titian Kasih Mega Peringkat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau, 2018’ iaitu edisi yang ke empat pada tahun ini di Pauh Putra di sini semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengetua maktab itu, Abdul Rahim Abdul Wahab beserta Ketua Penyelaras program, Azuan Mohd. Nasir dan Hakim Khan.

Turut hadir mengiringi baginda berdua ialah Pengarah Mara negeri, Lukman Hakim Hasan dan Setiausaha YTSP Perlis Datuk Johari Mohd. Darus beserta seramai 501 orang pelajar maktab yang baru mengambil pelajar sulungnya pada 24 Julai 2017 yang lalu.

Program anjuran YTSP Perlis tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Bersempena program tersebut, baginda turut berkenan merasmikan penamaan dewan maktab tersebut sebagai Dewan Sharifah Khatreena Nuraniah yang mengambil sempena nama puteri sulung baginda.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE