Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Santuni Anggota Keselamatan Di Pulau n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Santuni Anggota Keselamatan Di Pulau

Raja Muda Perlis Santuni Anggota Keselamatan Di Pulau

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Mei 2019 09:20

SEMPORNA, 21 Mei 2019 (Selasa) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meluangkan masa selama satu hari melawat pos-pos keselamatan di beberapa pulau di sini,semalam.

Antara pulau yang sempat dilawati baginda bersama delegasi dari Perlis adalah Pulau Manampilik, Pulau Siamil dan Pulau Omadal. 

Lawatan berkenaan bertujuan untuk menyantuni anggota-anggota keselamatan yang bertugas menjaga perairan negara di bulan Ramadan ini. 

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berkata, operasi di pulau-pulau berkenaan membantu memperkukuhkan situasi atau keadaan keselamatan secara keseluruhannya di kawasan yang di pertanggungjawabkan. 

Titahnya, operasi berkenaan dapat menghindarkan segala usaha atau anasir-anasir tertentu yang berniat untuk menguasai kawasan perairan negara di Timur Sabah. 

"Justeru, peranan dan komitmen oleh setiap warga ATM bersama agensi-agensi yang berkaitan amat penting sekali untuk menjamin keselamatan di kawasan-kawasan operasi," titah baginda. 

Menurut baginda, ancaman yang diterima oleh anggota-anggota di kawasan ini adalah bersifat tidak tradisional.

"Antara ancaman yang terpaksa dihadapi oleh para anggota adalah penculikan,penyeludupan, perdagangan manusia dan barangan terkawal serta banyak lagi. 

"Justeru, setiap warga tentera darat dan Pasukan Gerakan Am yang bertugas di pulau-pulau tersebut perlu berwaspada 24 jam sehari dalam menjalankan tugas mereka," titah baginda. 

Tambah baginda, anggota juga perlu mengenal pasti dan memahami semua bentuk ancaman yang boleh berlaku di pulau-pulau tersebut. 

"Selain itu, mereka perlu mahir dengan tindakan-tindakan serta merta atau langkah-langkah lain yang perlu diambil apabila berlaku sesuatu insiden di pulau-pulau berkenaan," titahnya. 

Dalam lawatan berkenaan, Syed Faizuddin turut meluangkan masa hampir dua jam bersama penduduk di Pulau Bum-Bum di Program CSR dan kesukarelawan TVET di Masjid Faizuddin Jamalullail bersempena Ex Perbah 2019. 

Dalam majlis berkenaan, baginda menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 untuk pembangunan masjid terbabit. 

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong.

Sumber daripada Sinar Harian

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE