Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Saksi Majlis Tauliah Solat Jumaat Masjid Al-Amin n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Saksi Majlis Tauliah Solat Jumaat Masjid Al-Amin

Raja Muda Perlis Saksi Majlis Tauliah Solat Jumaat Masjid Al-Amin

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Mei 2019 10:20

KANGAR, 21 Mei 2019 (Selasa) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan majlis penyerahan ‘Tauliah Kebenaran Mendirikan Solat Jumaat di bangunan baharu Masjid Al-Amin Sempering, baru-baru ini.

Ia disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) kepada imam masjid berkenaan, Abu Hassan Jusoh.

Masjid Al-Amin baru sahaja digunakan setelah dibina sebuah bangunan baharu menggantikan masjid lamanya.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Mohd Nazim memaklumkan bahawa MAIPs pada Mesyuarat Majlis Bilangan ke 2 bagi tahun ini bertarikh 14 Mac 2019 telah bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada masjid berkenaan untuk mengadakan solat jumaat di bangunan baharu apabila ia disiapkan sempurna dengan syarat-syarat bahawa ia hendaklah dilaksanakan oleh imam yang dilantik oleh MAIPs dengan mematuhi garis panduan dan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIPs serta teks khutbah jumaat adalah mengikut teks yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE