Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pendidikan Harus Jadi Keutamaan Pusat Kebajikan Anak Yatim n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pendidikan Harus Jadi Keutamaan Pusat Kebajikan Anak Yatim

Pendidikan Harus Jadi Keutamaan Pusat Kebajikan Anak Yatim

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Mei 2019 11:20

TAWAU, 21 Mei 2019 (Selasa) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddim Putra Jamalullail bertitah, agenda pendidikan haruslah menjadi keutamaan oleh setiap pengurusan pusat-pusat kebajikan anak yatim di seluruh negara.

Hanya dengan pendidikan yang mapan dan holistik mampu untuk mempersiapkan diri anak-anak yatim dalam berhadapan dengan cabaran semasa dan juga masa depan.

Demikian titah Baginda selepas berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Pusat Anak Yatim Ar-Raudhah di Tawau, Sabah pada malam semalam.

Baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis sebanyak RM2,000 bagi tujuan ‘Pengurusan Aktiviti Pelajar’ di pusat berkenaan.

Turut dilaksanakan ialah perbincangan berkaitan prospek kerjasama pendidikan yang bakal melibatkan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) tidak lama lagi.

Bersempena kunjungan baginda, anak-anak yatim tersebut turut disajikan dengan hidangan moreh berupa makanan yang ditaja oleh Kentucky Fried Chicken (KFC) dan juga daripada FigDirect Sdn Bhd.

Keberangkatan tiba baginda dan rombongan disambut oleh Pengerusi rumah amal tersebut, Datuk Amrullah Kamal serta para ahli jawatankuasanya serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir ialah AMMK Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Ruzaini Rais dan AMMK Belia dan Sukan Perlis, Hamizan Hassan dan Pengarah Urusan FigDirect Sdn Bhd, Robin Lim.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluaan beliau, Amrullah memaklumkan bahawa penubuhan ‘PRAY’ atau Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau yang mengurus Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh itu telah beroperasi selama 10 tahun bermula 2008.

PRAY juga kini dalam proses sedang berusaha untuk membina bangunan asrama anak yatim perempuan, yang dinamakan ‘ARRAYYAN’ di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan kepada persatuan berhampiran dengan bandar Tawau yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta sebelum akhir tahun ini.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE