Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-76 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-76

Raja Perlis Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-76

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Mei 2019 15:20

ARAU, 21 Mei 2019 (Selasa) - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyambut sambutan hari ulangtahun keputeraan baginda yang ke-76 pada 17 Mei lalu dengan meraikan kerabat diraja, para pembesar serta kepimpinan negeri dan masyarakat dalam satu majlis iftar, solat maghrib, isyak dan sunat tarawih yang diadakan di Istana Arau pada jumaat malam.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda-anakanda baginda berdua, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Di majlis tersebut Tuanku Raja Perempuan berkenan menerima sumbangan cek bernilai RM100,000 daripada Yayasan Harmoni yang dipersembahkan oleh Pengarahnya Datuk Mohd Radzuan Abdullah kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Di majlis yang sama Tuanku Raja Perempuan Perlis turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada warga emas dari Rumah Seri Kenangan Jejawi selain kepada anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, para pesara bekas warga kerja istana dan juga rakan media yang hadir.

Turut diadakan ialah penyerahan mock cek sumbangan bantuan peruntukan institusi-institusi pendidikan Islam Negeri Perlis daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diserahkan oleh Tuanku Raja berjumlah penuh sebanyak RM6,185,003 untuk tahun 2019 ini.

Untuk rekod, sambutan rasmi Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Raja dan kelepasan am untuk tujuan tersebut bagi negeri Perlis telah diperkenankan oleh baginda untuk diubah ke tarikh 17 Julai bermula tahun lalu hingga 2021 bagi memberi laluan untuk umat Islam melipatgandakan ibadah di bulan Ramadan dan seterusnya memperhebatkan silatulrahim bersama kaum keluarga dan sahabat handai sepanjang Syawal bersempena Aidilfitri.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE