Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP Sumbang Teknologi Solar Ceriakan Aidilfitri Semporna n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP Sumbang Teknologi Solar Ceriakan Aidilfitri Semporna

UniMAP Sumbang Teknologi Solar Ceriakan Aidilfitri Semporna

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 22 Mei 2019 08:20

SEMPORNA, 22 Mei 2019 (Rabu) - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) buat julung kalinya menjangkau ke kepulauan Borneo membawa teknologi solar untuk kegunaan masyarakat setempat menjelang Aidilfitri ini.

Naib Canselornya, Prof Ts Dr R Badlishah Ahmad berkata, teknologi solar tersebut dipasang di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail yang merupakan tempat tumpuan lebih 300 komuniti Kampung Engang - Engang Melanu, di sini.

“Melalui sistem tersebut lampu di kawasan tempat wuduk dan juga tandas dijana sepenuhnya melalui panel solar yang dipasang di atas bumbung bangunan masjid yang mana tenaga elektrik yang dijana pada siang hari akan disimpan dalam bateri dan digunakan pada waktu malam.

“Ini akan memberikan penjimatan dan pemeliharaan alam sekitar melalui penghasilan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui,” katanya ketika ditemui media selepas selesai berucap pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Pulau Bum Bum, di sini hari ini.

Perasmian sistem solar berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP bersempena dengan Ex Perbah 2019 yang berakhir hari ini.

Badlishah berkata UniMAP juga telah menaik taraf sistem pencahayaan di dalam masjid supaya memberi lebih keselesaan kepada jemaah masjid.

Papan informasi mengenai sistem solar tersebut turut dipasang sebagai rujukan supaya masyarakat setempat memahami operasi sistem bekalan tenaga semula jadi itu, jelasnya.

Katanya ini membuktikan UniMAP bukan sahaja menyumbangkan teknologi tetapi turut berlaku perpindahan ilmu yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Dengan sambutan dan bantuan meriah oleh masyarakat setempat, pemasangan sistem solar UniMAP turut dibantu oleh tenaga kerja daripada pihak angkatan tentera Kem 504 Rejimen Askar Wataniah.

Inisiatif tersebut berpaksikan Lonjakan 7 dan Lonjakan 8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025, UniMAP melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE) melaksanakan program CSR.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE