Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - TVET Cipta Peluang Pekerjaan Sendiri - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TVET Cipta Peluang Pekerjaan Sendiri - Raja Muda Perlis

TVET Cipta Peluang Pekerjaan Sendiri - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 23 Mei 2019 08:20

TAWAU, 23 Mei 2019 (Khamis) - Pendidikan berasaskan TVET bukan sahaja bagi melahirkan bilangan pekerja mahir terlatih, tetapi mampu mencipta pekerjaan sendiri berbekalkan kemahiran yang diperoleh dan sekali gus mengurangkan kebergantungan pada kerja ‘makan gaji’.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPPM-PT), kerajaan masih memberikan tumpuan khusus terhadap pembangunan di dalam pendidikan TVET.

"Tumpuan terhadap TVET ini selari dengan hasrat di dalam Wawasan 2020, iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara ‘Pencipta Teknologi’, bukan hanya sebagai negara ‘Pengguna Teknologi’.

"Ia adalah ‘asas’ kepada pembentukan Negara Maju sepenuhnya, iaitu bilangan pekerja mahir dan separa mahir yang cukup dalam pasaran pekerjaan," titah baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Iftar Perdana 2019’ yang diadakan di Kolej Vokasional Tawau, Sabah malam kelmarin.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah kolej, Ahmad Fakhrurazi Hamzah dan Ketua Penyelaras Program Secara Bersama, Datuk Zull Aznam Haron dan Kapten Muhammad Azuan Mohamad Nasir.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Wan Ahmad Fazli Wan Kamis, Pengarah Penyiaran Perlis, Ahmad Zaki Mustafa dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis, Mohd Shukor Mahmud,

Program anjuran Kolej Vokasional Tawau bersempena lawatan baginda mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Perlis ‘Eks PERBAH 2019’ ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Rejimen 516 serta 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia.

Baginda yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis menambah bahawa pendidikan TVET merupakan laluan penting bagi negara melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovasi, mampu bersaing di peringkat global serta sentiasa relevan dengan keperluan semasa.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, TVET memberikan penekanan kepada pendidikan berkonsep sepanjang hayat iaitu pendidikan berterusan tanpa had umur pembelajaran tertentu. Justeru, sebagai remaja, peluang mengikuti pengajian yang berkaitan TVET mampu membentuk kemahiran tertentu yang bersesuaian dengan keperluan semasa dalam pasaran pekerjaan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan tazkirah kepada sekalian yang hadir sejurus selepas solat maghrib secara berjamaah di surau kolej berkenaan.

Untuk rekod, di peringkat Pengajian Tinggi Awam, Kerajaan menyediakan 4 buah Universiti Awam yang berstatus Universiti Teknikal di Malaysia, iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hussien Onn (UTHM).

Universiti Awam Teknikal ini bertujuan memberikan ruang khusus kepada pelajar lulusan teknikal pada peringkat sekolah menengah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Laluan pembelajaran ini memberikan pilihan kepada para pelajar dan remaja untuk terlibat dalam bidang teknikal dengan laluan pendidikan yang tersusun.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE