Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Peniaga Juadah Ramadan Perlu Jaga Kebersihan - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Peniaga Juadah Ramadan Perlu Jaga Kebersihan - Raja Muda Perlis

Peniaga Juadah Ramadan Perlu Jaga Kebersihan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 23 Mei 2019 09:20

SEMPORNA,  23 Mei 2019 (Khamis) - Raja Muda Perlis mengingatkan para peniaga makanan sepanjang bulan Ramadan ini supaya menjaga kebersihan dan memastikan bebas pelbagai penyakit berjangkit seperti batuk kering dan kolera.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, di samping kita berlumba-lumba melaksanakan ibadah di bulan puasa ini, kita tidak sesekali mengabaikan aspek kesihatan dan keselamatan diri dan ahli keluarga terutamanya berkaitan amalan pemakanan yang sihat, kebersihan diri serta juga persekitaran.

"Semoga dengan kesihatan diri yang baik ini membolehkan kita menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan mampu melaksanakan amal ibadah dengan sebaiknya," titah baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan berangkat merasmikan penamaan ‘Klinik Pakar Tuanku Syed Putra Perlis’ di Hospital Semporna, Sabah petang kelmarin.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang dianjurkan bersempena ‘Kunjungan Eks PERBAH 2019’ itu disambut oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi dan Pengarah Hospital Semporna Dr. Mohd Syahfadzreen Yunus.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Dr Sirajuddin Hashim, Pakar Perunding Ortopedik, Traumatologi dan Arthroplasty KMC, Dr Mohamad Yazid Din dan Pengarah Eksekutif Smart Reader Worldwide, Kevan Ong Kin Wye.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis melahirkan rasa sukacita dan sungguh berbangga sekali kerana klinik berkenaan dinamakan dengan nama Nenda baginda iaitu Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang begitu dekat dengan hati baginda dan berharap dengan penyerahan sumbangan pelbagai alat perubatan kepada pihak Hospital Semporna ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu kakitangannya dalam memberikan perkhidmatan kesihatan dengan lebih mudah dan lancar.

Tuanku Raja Muda Perlis juga mengharapkan agar masyarakat tempatan di Semporna ini khasnya dapat menikmati pelbagai bentuk perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang lebih baik, bermutu serta digunakan dengan sebaik-baiknya.

Di akhir majlis baginda berkenan menyerahkan ‘mock’ pelbagai jenis sumbangan daripada pihak Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang turut mendapat kerjasama pihak Kementerian Kesihatan, Bank Rakyat, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Smart Reader Worldwide dan usahawan Kamarulzaman Ahmad kepada pihak hospital berkenaan yang diterima oleh Dr. Mohd Syahfadzreen.

Antara yang disumbang ialah ‘LED Phototherapy’, ‘Baby Scale’, ‘Digital Baby Scale’, ‘Digital Column Scales with BMI function’, ‘Pico Smokelyser’, ‘Multi-Parameter Patient Monitor’ dan ‘Suction Unit’.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE