Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelajar Perlu Lengkap Diri Dengan Ilmu Yang Relevan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pelajar Perlu Lengkap Diri Dengan Ilmu Yang Relevan

Pelajar Perlu Lengkap Diri Dengan Ilmu Yang Relevan

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 24 Mei 2019 08:20

TAWAU, 24 Mei 2019 (Jumaat) - Raja Muda Perlis bertitah para pelajar hendaklah sentiasa melengkapkan diri masing-masing dengan pelbagai ilmu yang relevan dan menjadi modal insan yang berdaya saing.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelajar juga perlu berfikiran terbuka dan ke hadapan dalam usaha menjadi individu yang luas pengetahuan dan matang, serta pelajar harus menghindari perkara negatif dan menggunakan peluang sebaiknya berada di sekolah untuk terus mengasah bakat, membaiki potensi diri agar mencipta kecemerlangan seterusnya menyumbang kepada bangsa, agama, negeri dan negara dalam pelbagai bidang kelak.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan program ‘Titian Kasih Mega Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan, di sini, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad dan Pengetua sekolah, Ahmad Rasyid Kahar.

Turut hadir ialah Pengarah Pertanian Negeri Perlis, Hafizuddin Hashim, Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, Ruhisha Haris dan Pengurus Unit Perkhidmatan E-Idaman Perlis, Mohd Noor Affendy Mat Arop.

Program ini dianjurkan oleh pihak sekolah berkenaan bersama-sama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Rejimen 504 serta 516 Askar Wataniah.

Baginda yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis turut menambah bahawa negara memerlukan guru-guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan semua cabaran tersebut dan kita yakin anda semua akan berjaya melaksanakannya dengan yang terbaik.

Bersempena kunjungan ke sekolah itu pada kali ini, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan merasmikan surau sekolah berkenaan yang diberi nama ‘Musolla Sharifah Khatreena Nuraniah’ mengambil sempena nama puteri sulung baginda.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE