Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sempurnakan Program Sumbangan Hari Raya Asnaf Mualaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sempurnakan Program Sumbangan Hari Raya Asnaf Mualaf

Sempurnakan Program Sumbangan Hari Raya Asnaf Mualaf

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 24 Mei 2019 09:20

KANGAR, 24 Mei 2019 (Jumaat) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian ‘Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri MAIPs Kepada Asnaf Mualaf, Tahun 2019’ yang diadakan di Masjid Al-Muqarrabin Bohor Empiang, Kangar petang semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Dr Hazman Hassan.

Program tahunan ini adalah anjuran pihak MAIPs dan One Centre Malaysia Negeri Perlis yang mana Setiap di antara 470 orang mualaf yang hadir tersebut menerima RM200 dari pihak MAIPs bagi persediaan menyambut Aidilfitri masing-masing.

Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs menasihatkan mengenai keperluan supaya asnaf mualaf terus terbela kerana golongan ini hendaklah sentiasa diberikan pendedahan kepada kelas-kelas pengajian agama yang sebenarnya untuk terus memperkuatkan keimanan dan jati diri sebagai Muslim.

Pada masa yang sama, pihak-pihak berkepentingan, sama ada Jabatan Kerajaan atau NGO yang menguruskan golongan Mualaf disarankan untuk mencari pendekatan terbaik dalam mempertingkatkan lagi perkhidmatan bagi menyantuni golongan asnaf Mualaf, serta memastikan jika ada terdapat golongan Mualaf yang tersisih dari keluarga mereka dan menghadapi kesulitan dalam ikhtiar hidup hendaklah dibantu sebaiknya bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan selesa.

Untuk rekod, dalam usaha membantu golongan asnaf ini, MAIPs sentiasa memberikan sokongan dengan memperuntukkan sejumlah peruntukan khas kepada PERKIM Perlis untuk melaksanakan pengurusan selain memperuntukkan sumbangan kepada pelaksanaan kelas-kelas pengajian.

Selain itu, MAIPs juga menubuhkan “One Centre Malaysia Negeri Perlis”, bertujuan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan mengadakan pendekatan baharu bagi memberikan persepsi yang baik kepada masyarakat bukan Muslim terhadap Islam.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE