Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Tuanku Rasmi Program Titian Kasih Mega Di Tawau n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Tuanku Rasmi Program Titian Kasih Mega Di Tawau

Raja Muda Perlis Tuanku Rasmi Program Titian Kasih Mega Di Tawau

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 24 Mei 2019 10:20

TAWAU, 24 Mei 2019 (Jumaat) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan program ‘Titian Kasih Mega Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas, di sini baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang dianjurkan sempena 'Eks PERBAH 2019' itu disambut oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Darman Shah Hj. Asakil dan Pengetua sekolah, FauziahJanau serta lebih 800 orang pelajar sekolah itu.

Turut hadir ialah Rektor UiTM Perlis, Zailuddin Ariffin, Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Abdul Malek Hassan, Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perlis, Abdul Muhaimin Osman dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Azizi Janan.

Program ini dianjurkan oleh pihak sekolah berkenaan dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tawau serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Baginda yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis turut menambah bahawa bagi menghasilkan pendidikan yang bermutu tinggi, para guru juga perlulah lebih ke hadapan dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mampu menggalakan para pelajar untuk berfikir secara lebih kreatif dan inovatif.

Guru-guru perlu menggunakan segala kemahiran dan pengetahuan pedagogi bersifat kreatif dan inovatif serta menerapkan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjadikan pembelajaran sentiasa menarik dan menyeronokkan pada sebilang masa.

Terdahulu Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan merasmikan penamaan dewan terbuka sekolah itu sebagai ‘Dewan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah’ mengambil sempena nama Raja Puan Muda Perlis.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE