Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Anggota Keselamatan Perlu Sentiasa Siap Siaga Di Perbatasan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Anggota Keselamatan Perlu Sentiasa Siap Siaga Di Perbatasan

Anggota Keselamatan Perlu Sentiasa Siap Siaga Di Perbatasan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 27 Mei 2019 08:20

TAWAU, 27 Mei 2019 (Isnin) - Setiap warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu peka dan berwaspada pada setiap waktu untuk menghadapi sebarang perkara atau kejadian yang tidak diingini.

Dunia pada masa kini disifatkan sebagai “dunia tanpa sempadan” yakni apa yang sedang berlaku di sesebuah negara itu boleh merebak atau dipindahkan ke negara ketiga atau yang terletak di sebelahannya, dalam masa yang begitu singkat sahaja.

Justeru, apa yang dialami di sebuah negara jiran sudah pasti akan melibatkan atau ‘affect’ negara kita sendiri disebabkan oleh tiada sempadan yang kukuh sepenuhnya untuk menghalang penyusupan ancaman tersebut.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mengadakan lawatan dengan menaiki bot ke Pulau Sebatik di Tawau, Sabah yang mempunyai sempadan dengan Pos TNI-AD Aji Kuning, Indonesia baru-baru ini.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Brigadier Jeneral Tan Sri Liew Yun Fah dan Konsul Republik Indonesia di Tawau, Sulistijo Djati Ismojo.

Turut hadir dalam kunjungan bersempena ‘Eks PERBAH 2019’ anjuran Kerajaan Negeri Perlis itu ialah Ketua Polis Perlis, SAC Datuk Noor Mushar Mohd, Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Lt Kol Mohamad Zaidi Ishak dan Pengarah Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, Ruhisha Haris.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Tentera Darat Malaysia berpangkalan di Kem Bukit Keteri Perlis juga menekankan bahawa pihak ATM dan PDRM perlu melipatgandakan usaha dalam bekerjasama dengan angkatan tentera dan juga polis negara-negara jiran demi memperkukuhkan pertahanan dan keselamatan di kedua-dua negara.

"Ini sekaligus dapat membantu anggota keselamatan kedua-dua negara berganding bahu untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan negara dan rantau ini," titah baginda.

Tuanku Raja Muda turut tidak melepaskan kesempatan mengunjungi sebuah ‘Rumah Perbatasan Patok 3’ iaitu sebuah rumah unik yang sedang ditaja kerja-kerja pembaikan dan naik taraf oleh pihak PT Bank Negara Indonesia (BNI) yang mana veranda dan ruang tamunya terletak di dalam Indonesia, manakala dapur dan belakang rumah pula terletak di dalam Malaysia dalam sebuah kawasan perdagangan tradisional yang wujud sejak sekian lamanya itu.

Selepas Pulau Sebatik, baginda turut berkenan singgah di Pos Sungai Melayu bagi menyerahkan sedikit sumbangan Aidilfitri sebagai tanda ingatan dan sokongan kepada para anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM yang berkawal di dalam bulan Ramadan di sana.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE