Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Kunjung Mufti Besar Thailand n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Kunjung Mufti Besar Thailand

Raja Muda Perlis Kunjung Mufti Besar Thailand

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 28 Mei 2019 08:20

HAT YAI (Thailand), 28 Mei 2019 (Selasa) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan kunjungan silaturahim ke atas Sheikhul Islam (Mufti Besar) Thailand, Aziz Phitakkumpon bersempena program ‘Ziarah Ihya’ Ramadan dan penyerahan sumbangan 2019’ di sini hujung minggu lalu.

Pertemuan tersebut diadakan di Masjid Jabalussalam yang terletak bersebelahan dengan kediaman Aziz di Ban Kuan Santit, Hat Yai.

Terakhir sekali baginda bertemu Aziz ialah ketika menyampaikan titah ucaptama pada Pameran Produk Halal Dunia (HAPEX) di Pusat Konvensyen Peringatan Sambutan 60 Tahun Pemerintahan Raja Thailand, Prince of Songkhla University (PSU), kampus Hat Yai dalam tahun 2015.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda berdua Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullaill.

Keberangkatan tiba tetamu Diraja Perlis turut disambut oleh Mejar Jeneral Polis (Bersara) Datuk Pichate Pitisatepan dan isteri beliau Datin Nuranee Pipisatapan serta anak-anak kariah masjid berkenaan.

Lawatan tidak rasmi sehari suntuk yang merupakan program tahunan masuk kali ke-16 ia dianjurkan dalam bulan puasa pada kali ini diiringi seramai 120 orang ahli rombongan dari Perlis yang masing-masing berpeluang untuk membuat penyerahan sumbangan peribadi dalam pelbagai bentuk kepada masjid terpilih dalam negara jiran tetangga yang mana Islam merupakan agama minoriti itu.

Seperti pada tahun-tahun sebelumya juga, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut tidak melepaskan kesempatan menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai iaitu masing-masing berjumlah RM1,000 kepada tiga buah masjid berdekatan untuk tujuan mereka menganjurkan aktiviti ihya Ramadhan.

Tuan-tuan imam Khosim Ahmad (Masjid Jabalussalam), Zulkifli Muhammad (Masjid Darus Soliheen) dan Hawaree Yusob (Masjid Nuruddeen) hadir bagi menerima sumbangan tersebut daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs dan juga Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nazim Mohd Noor.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE