Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hubungan Perlis-Satun Umpama Adik-Beradik n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Hubungan Perlis-Satun Umpama Adik-Beradik

Hubungan Perlis-Satun Umpama Adik-Beradik

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 30 Mei 2019 08:20

SATUN, Thailand, 30 Mei 2019 (Khamis) - Hubungan Malaysia-Thailand khususnya melibatkan Perlis dan wilayah Satun begitu akrab seumpama adik-beradik, termasuklah dalam kerjasama pasukan penguat kuasa dalam mengawal keselamatan di sempadan dua negara berkenaan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalul­lail bertitah, ini terbukti dalam hubungan erat antara Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) negeri dengan penguat kuasa sempadan wilayah Satun terutamanya polis Diraja Thailand, telah berjaya mengekang aktiviti-aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas sempadan.

Selain itu, titah baginda, selain itu, penguat kuasa sempadan seperti polis, imigresen dan kastam juga sentiasa proaktif bagi memastikan kawasan sempadan negara terus diperkasakan.

“Tanpa kerjasama di antara kedua-dua wilayah ini, maka agak sukar bagi kita membanteras aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang ini dengan lebih efisien.

“Tanggungjawab menjaga sempadan bukanlah terletak kepada anggota keselamatan dan penguat kuasa sahaja, malah menjadi tanggungjawab semua masyarakat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menyampaikan sumbangan kuih raya Aidilfitri 2019 kepada anggota keselamatan dan petugas di sempadan Malaysia-Thailand di Jeti Tammalang, di sini hari ini.

Berangkat sama pada program tahunan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Aksem negeri itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Gabenor Wilayah Satun, Charuwat Kliengklao dan ketua-ketua pasukan keselamatan Perlis dan Thailand serta barisan Exco kerajaan negeri ini.

Untuk rekod, majlis sumbangan kuih raya tersebut diadakan di lokasi yang berlainan pada setiap tahun di selatan Thailand.

Sejak lima tahun lalu, sumbangan tersebut turut diagih-agihkan kepada anggota keselamatan dari Thailand khususnya di kawasan-kawasan sempadan.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, tanggungjawab setiap anggota keselamatan dan semua penguat kuasa amat penting di dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat dikekalkan.

“Keamanan negara memberi peluang kepada pelabur untuk menjalankan perniagaan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negeri dan negara,” titah baginda.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE