Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bank Muamalat Serah Zakat Perniagaan RM159,304 Kepada MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Bank Muamalat Serah Zakat Perniagaan RM159,304 Kepada MAIPs

Bank Muamalat Serah Zakat Perniagaan RM159,304 Kepada MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 31 Mei 2019 08:20

PADANG BESAR, 31 Mei 2019 (Jumaat) - Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya sebanyak RM159,304.08 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mock cek zakat itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif BMMB Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid dalam program Hijrah Minda MAIPs di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi di sini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat sama pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Sebelum itu keberangkatan baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengurus BMMB Kawasan Utara, Azman Shuib.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE