Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Lancar Kempen Keselamatan Kebakaran n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Lancar Kempen Keselamatan Kebakaran

Raja Muda Perlis Lancar Kempen Keselamatan Kebakaran

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 01 Jun 2019 09:20

ARAU, 1 Jun 2019 (Sabtu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan kempen keselamatan kebakaran musim perayaan di pekarangan Balai Bomba Simpang Empat, di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda ke majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri itu disambut oleh Pengarahnya, Penguasa Kanan Bomba I, Ruhisha Haris serta para pegawai kanan jabatan itu.

Para anggota JBPM negeri yang hadir seterusnya bergerak ke bazar Ramadan Simpang Empat untuk membuat edaran risalah dan bahan kempen keselamatan kebakaran sebagai peringatan sempena musim perayaan kepada para pengunjung serta peniaga di lokasi berkenaan.

Dalam pada itu, program tersebut turut disekalikan dengan kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) peduli menjejaki dan menyantuni asnaf kali-40 yang bermula dan berakhir di Masjid Putra, Simpang Empat di sini.

Sebanyak 10 asnaf terpilih menerima sumbangan zakat yang disampaikan sendiri oleh Tuanku Syed Faizuddin yang juga merupakan Yang Dipertua MAIPs.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu, Ruhisha berkata, matlamat utama kempen kebakaran itu diadakan adalah untuk memberi peringatan dan kesedaran secara berterusan kepada masyarakat mengenai bahaya kebakaran dan aspek pencegahan serta langkah-langkah persediaan mengenainya.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE