Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - ATM Perlu Bersedia Laksanakan Apa Jua Misi - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
ATM Perlu Bersedia Laksanakan Apa Jua Misi - Raja Muda Perlis

ATM Perlu Bersedia Laksanakan Apa Jua Misi - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 03 Jun 2019 08:20

KANGAR, 3 Jun 2019 (Isnin) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar bersifat kompeten, berdisplin dan bersiap sedia untuk melaksanakan apa jua misi atau penugasan demi untuk mempertahankan negara tercinta.

Titah baginda yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, warga ATM juga harus berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan pasukan keselamatan tersebut terus profesional dan relevan pada setiap masa.

Baginda bertitah, selain mempertahan keselamatan dan kedaulatan, ATM juga berperanan penting dalam membantu memastikan kemajuan negara.

“Di samping itu, ATM juga perlu sentiasa bersedia berkhidmat dan menyokong kerajaan yang memerintah. Ini adalah antara kewajipan utama bagi ATM sambil setia kepada Raja dan negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan merasmikan Himpunan Gagah Setia 2019 anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah bersempena sambutan ulang tahun Askar Wataniah ke-61 di pekarangan Bazar Ramadan Kuala Perlis di sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Komander rejimen berkenaan, Lt Kol Mohamad Zaidi Ishak serta para pegawai kanan rejimen tersebut yang berpengkalan di Kem Bukit Keteri, Padang Besar.

Turut hadir ke program bagi mempromosikan kempen ‘jom masuk Wataniah’ itu ialah Panglima Markas Infantri 30 Briged di Kem Bukit Cowder Mata Ayer, Brigadier Jeneral Hassan Embong.

Majlis tersebut disusuli dengan program kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) peduli menjejaki dan menyantuni asnaf yang bermula dan berakhir di Masjid Rahmaniah Kuala Perlis.

Seramai 10 asnaf terpilih menerima agihan sumbangan zakat MAIPs pada majlis itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor turut menyerahkan sumbangan hamper kepada para anggota rejimen itu yang bakal bertugas pada hari raya nanti.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE