Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Halijah Minta Tuanku Syed Faizuddin Sumbang Radio n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Halijah Minta Tuanku Syed Faizuddin Sumbang Radio

Halijah Minta Tuanku Syed Faizuddin Sumbang Radio

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 03 Jun 2019 10:20

ARAU, 3 Jun 2019 (Isnin)- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menziarahi tiga beradik buta yang merupakan mangsa kebakaran di Kampung Titi Besi di sini hari ini.

Baginda berdua meluangkan masa kira-kira 30 minit bertanya khabar dan berbual dengan warga emas tersebut selain meninjau kawasan rumah yang terlibat dalam kebakaran semalam.

"Dalam kebakaran semalam, radio kami turut musnah.Hendak tengok televisyen tidak nampak, kami hanya dengar radio," katanya yang berasa cukup gembira menerima kunjungan Raja Muda Perlis dan isteri.

Dalam kunjungan itu, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen turut menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM1,800 kepada warga emas tersebut iaitu Halijah Ibrahim,78, Che Manai,73, dan Che Zainah,67.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor yang turut memaklumkan pihaknya akan menyalurkan bantuan dan keperluan lain kepada mereka.

Dalam pada itu, ketika berbual dengan baginda, salah seorang warga emas berkenaan, Halijah sempat meminta Tuanku Syed Faizuddin menghantar radio kepada mereka.

Tuanku Syed Faizuddin yang tersenyum selepas mendengar permintaan tersebut seterusnya memberi jaminan akan menghantar segera radio di rumah warga emas tersebut sekali gus menghilangkan kesunyian mereka.

Halijah ketika ditemui berkata, dia dan adiknya selalu akan mendengar radio pada waktu malam bagi mengetahui perkembangan semasa.

Dalam pada itu, warga emas terbabit turut mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang tidak putus-putus datang melawat dan memberikan bantuan kepada mereka sejak malam tadi.katanya yang berasa cukup gembira menerima kunjungan Raja Muda Perlis dan isteri.

“Kami menerima pelbagai bantuan seperti wang tunai, makanan, pakaian, termasuk baju raya. Alhamdulilah, terima kasih dengan rezeki yang mencurah-curah ini,” katanya.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan jeritan meminta tolong tiga beradik buta yang terperangkap di dalam kediaman mereka yang terbakar berjaya menyelamatkan nyawa warga emas itu dalam kejadian tersebut.

Penduduk kampung yang terdengar jeritan mangsa segera membantu membawa keluar warga emas terbabit ketika api sedang marak dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE