Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pendidikan Islam Bentuk Akhlak Yang Baik - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pendidikan Islam Bentuk Akhlak Yang Baik - Raja Muda Perlis

Pendidikan Islam Bentuk Akhlak Yang Baik - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 12 Jun 2019 08:20

PADANG BESAR, 12 Jun 2019 (Rabu) - Raja Muda Perlis bertitah pendidikan merupakan salah satu cara mencorak manusia menjadi seseorang yang beriman dan merupakan asas kepada akhlak Islam.

Tuan Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, tidak akan sempurna iman seseorang jika tidak disertai akhlak yang baik.

"Contohnya melaksanakan segala perintah Allah kerana kesemua perintah tersebut bertujuan membersihkan diri dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji.

"Lantaran itu setiap ayat al-Quran menyeru manusia berbuat baik dan mencegah kemungkaran. Biasanya didahului dengan panggilan "Wahai orang-orang yang beriman” kemudian barulah diikuti dengan perintah atau larangan," titah baginda.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyertai program kayuhan berbasikal ‘Aidilfitri 1440 Hijrah Fun Ride’ meredah di sekitar jalan-jalan kampung dan bendang kawasan Mata Ayer dan Kg. Gial sejauh 30 kilometer baru-baru ini. 

Turut serta ialah Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Dr. R Badlishah Ahmad.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menambah bahawa akhlak adalah sesuatu perilaku yang boleh diubah dan dibentuk, sebagai contoh sahabat Nabi, Saidina Umar al-Khattab sebagaimana keadaan ‘akhlak’ beliau semasa berada di zaman ‘jahiliah’ berbanding sesudah memeluk agama Islam.

"Dari sini dapat disimpulkan bahawa akhlak merupakan sesuatu yang semulajadi tetapi ia perlu dibentuk," titah baginda.

Baginda dan ahli kayuhan turut berhenti sebentar di ‘Nat’ pasar sehari Mata Ayer bagi meninjau barang jualan sebelum melapangkan masa singgah ke sebuah rumah baharu milik seorang asnaf di Kampung Gial yang disumbangkan atas inisiatif program tanggungjawab sosial korporat peserta kursus Sarjana Pengurusan Pemerintahan Pasukan siri 21/2018 Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA) dengan kerjasama Universiti Malaya pada bulan Jun tahun lalu yang melibatkan kos pembinaan berjumlah RM38,000 oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama usahawan Datuk Vincent Lye, Tan Mann Chai dan ABMI Sdn Bhd.

Kerja-kerja pembinaannya pula dilaksanakan oleh anggota Rejimen Askar Jurutera DiRaja di bawah program ‘Jiwa Murni’ Tentera Darat Malaysia.

Sumber daripada Utusan Malaysia Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE