Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Mahu Kutipan Cukai Diperbaiki n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Mahu Kutipan Cukai Diperbaiki

Raja Perlis Mahu Kutipan Cukai Diperbaiki

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 13 Jun 2019 08:20

ARAU, 13 Jun 2019 (Khamis) -  Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah mahu kerajaan negeri memberi perhatian terhadap kutipan cukai tertunggak yang mencecah RM26.4 juta.

Menurut baginda, sejumlah RM128.9 juta cukai yang dikutip tahun lepas agak memberangsangkan namun jumlah tunggakan yang besar boleh menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat.

"Seharusnya Yang Berhormat semua kena tegur dan beri nasihat kepada rakyat supaya menjelaskan cukai taksiran masing-masing," titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah selepas menyampaikan watikah pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Anggota-anggota Exco Kerajaan Perlis di Istana Arau di sini hari ini.

Pada istiadat itu, semua lapan anggota exco dan portfolio mereka dikekalkan untuk tempoh setahun. 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat pada istiadat itu yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Tuanku Syed Sirajuddin turut bertitah mahu kerajaan negeri memberi perhatian terhadap perancangan menjayakan Tahun Melawat Perlis 2021 dengan mengambil tindakan bagi mewujudkan persekitaran hijau.

Baginda juga mahu semua wakil rakyat turun padang memberi penerangan dan kesedaran kepada rakyat supaya mementingkan kebersihan dalam usaha menarik pelancong melawat Perlis.

"Sekarang Malaysia dilihat menjadi tempat pembuangan sisa plastik dari negara luar. Justeru, kita patut main peranan jaga kebersihan supaya pelancong yang datang dapat melihat kecantikan Perlis," titah baginda.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE