Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Peluang Melanjutkan Pelajaran Di KUIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Peluang Melanjutkan Pelajaran Di KUIPs

Peluang Melanjutkan Pelajaran Di KUIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 14 Jun 2019 08:20

PADANG BESAR, 14 Jun 2019 (Jumaat) - Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sebuah kolej universiti milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sedang menjalankan pengambilan pelajar baru bagi kemasukan pada 20 Julai 2019 yang akan datang ini.

Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor selepas mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menghadiri ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 17 bagi tahun 2019’ yang diadakan di Masjid Al-Munawwarah Mata Ayer, Padang Besar tengahari tadi.

Di program tersebut, seramai 20 asnaf terpilih daripada masjid tersebut dan juga kariah-kariah berdekatan menerima sumbangan agihan zakat MAIPs daripada baginda selaku Yang DiPertua MAIPs.

Turut hadir ialah AMMK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas Negeri Perlis, Siti Berenee Yahaya dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee.

Tambah Mohd Nazim lagi, sesi temuduga terbuka pengambilan pelajar baru ‘Program Biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs’ akan diadakan di Auditorium KUIPs Kuala Perlis pada sabtu 22 Jun 2019 dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.

Kelayakan minimum yang diperlukan ialah tiga kepujian dalam peperiksaan SPM atau 2.0 dalam peperiksaan STPM, Pangkat Makbul dalam peperiksaan STAM dan status anak kelahiran Perlis.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE