Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 'Kembalikan Kegemilangan Pasukan Polis' n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
'Kembalikan Kegemilangan Pasukan Polis'

'Kembalikan Kegemilangan Pasukan Polis'

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 15 Jun 2019 08:20

KANGAR, 15 Jun 2019 (Sabtu) - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru agar semua anggota polis mengambil iktibar dan tanggungjawab penuh untuk mengembalikan kegemilangan pasukan polis.

Titahnya, begitu banyak kes-kes salah laku yang melibatkan anggota polis dipaparkan di media sosial sehinggakan institusi polis yang dipandang tinggi pada suatu ketika dahulu kini mudah dipermainkan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab. 

"Justeru itu, PDRM sewajarnya menjadi satu pasukan yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Hal ini bukan sahaja disebabkan oleh kecekapan pasukan dalam menangani jenayah dan menjaga keamanan negara sahaja, tetapi juga kerana budi pekerti setiap anggota polis yang menyantuni masyarakat," titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis yang baharu di sini semalam. 

Baginda juga berharap agar semua warga PDRM terus komited untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara tercinta di samping mengekalkan nilai-nilai positif, mempunyai jati diri yang tinggi serta bertugas dengan penuh etika dan integriti. 

"Moto 'polis dan masyarakat berpisah tiada' juga jelas menunjukkan hubungan simbiosis di antara pihak polis dan masyarakat. Ini bermaksud kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara adalah tanggungjawab bersama antara pihak polis dan masyarakat setempat. 

"Sehubungan itu, penganjuran program-program yang melibatkan komuniti haruslah dipergiat dan dipertingkatkan agar masyarakat di negara ini sentiasa diberi pendedahan berhubung trend jenayah dan kaedah pencegahan yang dapat diambil di peringkat mereka. 

"Hal ini adalah bagi memastikan agar negara ini terus bebas daripada jenayah dan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni, Insya-ALLAH," titahnya. 

Sementara itu, baginda juga berharap bangunan IPK yang baharu ini akan memudahkan lagi semua pegawai dan anggota polis menjalankan tugas masing-masing. 

"Baginda percaya banyak fasiliti moden yang disediakan di bangunan berkenaan akan memberikan suasana kerja yang selesa dan kondusif buat warga PDRM Perlis dan seterusnya membolehkan kontinjen ini memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. 

"Tahniah diucapkan kepada pasukan PDRM Kontinjen Perlis terutamanya Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd di atas penganjuran majlis yang penuh bersejarah ini," titahnya. 

Turut berangkat, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid,Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Sumber daripada SINAR HARIAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE