Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Anggota Polis Perlu Ambil Tanggungjawab Kembali Semula Kegemilangan PDRM n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Anggota Polis Perlu Ambil Tanggungjawab Kembali Semula Kegemilangan PDRM

Anggota Polis Perlu Ambil Tanggungjawab Kembali Semula Kegemilangan PDRM

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 15 Jun 2019 10:20

KANGAR, 15 Jun 2019 (Sabtu) - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru kepada seluruh anggota polis agar mengambil iktibar dan tanggungjawab penuh untuk mengembalikan kegemilangan pasukan keselamatan itu.

Baginda bertitah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sewajarnya menjadi sebuah pasukan yang sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat.

Titah baginda, hal demikian bukan sahaja disebabkan kecekapan pasukan polis dalam menangani jenayah dan menjaga keamanan negara, malah kerana budi pekerti setiap anggota yang menyantuni masyarakat.

“Dewasa ini, jika kita ikuti perkembangan di media sosial dan media perdana, begitu banyak kes-kes salah laku yang melibatkan anggota polis. Institusi polis yang dipandang tinggi pada suatu ketika dahulu, kini mudah dipermainkan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Justeru, saya menyeru agar semua anggota polis mengambil ikhtibar dan tanggungjawab penuh untuk mengembalikan kegemilangan pasukan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menyempurnakan majlis perasmian Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

IPK Perlis baharu yang dibina pada 2016 dengan kos RM149 juta itu siap sepenuhnya pada 23 Mac lalu dengan kelengkapan dan binaan yang serba moden untuk keselesaan serta kemudahan anggota polis di negeri ini.

Sementara itu, titah Tuanku Syed Sirajuddin, bersempena dengan majlis perasmian IPK Perlis hari ini, besarlah harapan baginda untuk melihat seluruh warga PDRM agar terus komited memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara.

Dalam pada itu, Abdul Hamid dalam sidang akhbar selepas itu berkata, IPK baharu tersebut dibina dengan konsep serba moden dan disifatkan paling cantik berbanding IPK lain di seluruh negara.

“Saya harap dengan adanya IPK baharu ini, anggota akan lebih selesa menjalankan tugas dan menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik,” katanya.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE