Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pengusaha kecil harumanis disaran berdaftar dengan jabatan pertanian n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pengusaha kecil harumanis disaran berdaftar dengan jabatan pertanian

Pengusaha kecil harumanis disaran berdaftar dengan jabatan pertanian

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 16 Jun 2019 09:20

ARAU - Usahawan atau rakyat Perlis yang telah menanam pokok harumanis Perlis di sekeliling rumah dengan bilangan yang kecil disarankan supaya mendaftar atau berhubung dengan Jabatan Pertanian supaya beroleh bimbingan serta tunjuk ajar berkaitan pengurusan tanaman dan pengendalian untuk menghasilkan buah berkualiti.

Selain itu pengusaha harumanis di negeri ini pula diseru mendapatkan ‘Persijilan MyGAP’ supaya buah harumanis Perlis yang dihasilkan adalah diyakini selamat dimakan dan berkualiti premium.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menerima persembahan cendera kasih berupa buah harumanis sebanyak 8 kilogram daripada seorang pengusaha harumanis Perlis yang baru mula berkecimpung dalam industri berkenaan iaitu Zakaria Mat Saad dari Kg Paloh Guar Sanji, Arau baru-baru ini.

Penyerahan persembahan tersebut dilaksanakan di pekarangan Masjid Al-Mursyid Guring Pekan Pauh, Arau sebelum baginda memulakan aktiviti rutin kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali yang ke-42 bagi tahun ini.

Untuk rekod, Zakaria memiliki kawasan tanaman 40 batang pokok. Ia mula ditanam pada 28 Februari 2015 yang mana pokok pertama telah disempurnakan penanamanya oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra dalam salah satu program ketika baginda melawat kampung beliau di Paloh, Guar Sanji pada hari tersebut.

Di akhir kayuhan baginda turut berkenan untuk singgah merasmikan projek peningkatan sosio ekomomi asnaf berupa sebuah projek kedai besi yang diusahakan oleh Mohd Faizal bin Musa@Muhammad, 38 tahun (No Tel: 0175531103) di alamat No.2 Kg Kuala Tunggang Padang Siding, Arau yang telah beroperasi sejak 2015 dan mendapat bantuan modal membina lantai bengkel berjumlah RM2,098 daripada agihan sumbangan zakat MAIPs.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE