Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis bangga perubahan positif jawatankuasa masjid n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis bangga perubahan positif jawatankuasa masjid

Raja Muda Perlis bangga perubahan positif jawatankuasa masjid

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 16 Jun 2019 12:20

PADANG BESAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa bangga di atas pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kebanyakan jawatankuasa masjid di negeri ini yang secara tidak langsung mempamerkan arus perubahan positif demi kebaikan masyarakat.

Penambahbaikan seperti aktiviti pengimarahan masjid dan juga program kemasyarakatan semakin mewarnai seluruh kariah masjid di negeri Perlis ini.

Baginda juga berharap agar semua masjid akan terus konsisten dalam kepimpinan yang berobjektifkan islah dan terus memantapkan lagi pengurusan masjid masing-masing supaya dapat diterima dengan baik oleh seluruh masyarakat di negeri ini.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Raikan Syawal Felda Chuping 1440H’ yang berlangsung di perkarangan Masjid Nurul Huda Felda Chuping, Padang Besar malam semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh imam masjid, Ustaz Mohd Fitri Mohamad dan Pengurus Felda Chuping 1, Syed Muhamad Ridzuan Syed Nordin.

Turut hadir ialah Pengurus Besar dan Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Utara iaitu Abdullah Pirus Ishak dan Izham Ramli.

Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menambah bahawa pelbagai pakej bantuan daripada pihak Majlis seperti agihan Dakwah Bil Hal MAIPs, bantuan mikro baik pulih rumah serta agihan bantuan fitrah MAIPs telah berjaya dilaksanakan. Penambahbaikan dalam pengurusan dan tadbir urus masjid turut dipamerkan.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut merakamkan penghargaan kepada semua Jawatankuasa Kariah yang baharu dilantik dan juga yang lama sebelum ini, di atas segala jasa dan pengorbanan yang dilaksanakan dan mahu supaya semua pihak bersama-sama memberikan sokongan dan dokongan padu kepada segala perancangan positif yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan oleh setiap masjid selepas ini.

Di majlis yang sama pihak MAIPs melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya Hj Mohd Nazim Mohd Noor menyerahkan sumbangan bagi membaiki atap yang bocor berjumlah RM6,000 kepada pihak masjid.

Untuk rekod, terdapat sebanyak 447 buah keluarga dan 3,000 penduduk di dalam kawasan Felda berkenaan pada masa ini.

Terdahulu pada sebelah petangnya, Tuanku Raja Muda berkenan mengadakan kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 43 bagi tahun ini sejauh 18km melibatkan kawasan laluan di sekitar Felda itu di Chuping dan juga Kg Kok Klang bagi menyampaikan sumbangan kepada asnaf-asnaf terpilih.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE