Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 700 Anak Perlis Di KL Sertai Sambutan Hari Raya n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
700 Anak Perlis Di KL Sertai Sambutan Hari Raya

700 Anak Perlis Di KL Sertai Sambutan Hari Raya

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 24 Jun 2019 08:20

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2019 (Isnin) - Sekitar 700 orang anak-anak Perlis yang bermastautin di Lembah Klang berhimpun untuk meraikan silaturahim dalam suasana berhari raya dengan penuh semangat kekeluargaan di ‘Majlis Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Keluarga Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) 2019’ yang diadakan di The Sacred Garden, semalam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri majlis tersebut sebagai tetamu utama.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang Dipertua PPKL Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman serta barisan kepimpinan persatuan.

Turut diadakan ialah sajian juadah, sukaneka kanak-kanak, cabutan bertuah dan juga persembahan hiburan.

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Syed Moheeb memaklumkan bahawa program ini merupakan aktiviti tetap secara tahunan PPKL bagi memastikan hubungan erat dalam kalangan anak-anak Perlis di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang.

PPKL yang telah ditubuhkan sejak empat dekad yang lalu adalah antara wadah bagi anak-anak Perlis di perantauan ini berhubung dan bertanya khabar di samping menggerakkan aktiviti untuk kebajikan, pendidikan, kerohanian dan juga sukan.

Selain itu PPKL juga pernah mengambil inisiatif menggembleng usaha meneroka pemikiran dalam kalangan ahli-ahli dan profesional Perlis untuk membantu pihak kerajaan negeri khususnya akan idea-idea dan peluang ke arah kemajuan negeri dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan kerajaan negeri melalui Persidangan Profesional dan Intelek Perlis (PROLIS) edisi pertama dan kedua sebelum ini.

Tambah beliau lagi, antara program terbesar PPKL yang akan dianjurkan pada tahun ini ialah majlis jamuan makan ‘Malam Perlis 2019’ yang akan diadakan pada 26 Oktober 2019 di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Bagi anak-anak Perlis yang bermastautin di ibu negara, diajak beramai-ramai menyertai Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) dan bolehlah menghubungi nombor telefon 03-42570726 / 013-3607868 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE