Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Puan Muda Perlis Rasmi Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Puan Muda Perlis Rasmi Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan

Raja Puan Muda Perlis Rasmi Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 25 Jun 2019 08:20

KANGAR, 25 Jun 2019 (Selasa) - Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah ‘Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-45’ yang diadakan di Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh Putra semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan, Hassan Nudin A. Hamid dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail.

Senarai para pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut : 

Kategori Sekolah Rendah

  1. Bercerita Kisah dari Al-Quran
  2. Lelaki : Muhammad Mukhlis bin Mustakim (Selangor)
  3. Perempuan : Nur Nisrina Humaira binti Nasir (Selangor)
  4. Hafazan
  5. Lelaki : Muhammad Aminuddin bin Mohd Basir (Pulau Pinang)
  6. Perempuan : Taqwa Fahima binti Rezqa (Perlis)
  7. Tilawah Al-Quran
  8. Lelaki : Ahmad Abrar bin Hj Azraie (Melaka)
  9. Perempuan : Mirza Irdina binti Hafizudin (Pahang)

Kategori Sekolah Menengah

  1. Syarahan Agama
  2. Lelaki : Saiful Hadi bin Baharin (Terengganu)
  3. Perempuan : Hamizah binti Hamzah (Johor)
  4. Hafazah Al-Quran
  5. Lelaki : Ahmad Syarhan bin Ahmad Syakir (Pulau Pinang)
  6. Perempuan : Nik Maghfirah binti Nik Ab. Rahman Zaki (Kelantan)
  7. Tilawah Al-Quran
  8. Lelaki : Muhammad Aidil bin Senin (WPKL)
  9. Perempuan : Fatiha Aina Umaira binti Sulaiman (Selangor)

(Johan bagi setiap kategori menerima Piala Pusingan + Sijil + Piala Iringan + Hadiah Iringan)

Kedudukan Keseluruhan Terbaik

  1. Kategori Lelaki - Selangor
  2. Kategori Perempuan - Selangor
  3. Kategori Sek Rendah - Selangor
  4. Kategori Sek Menengah - Kelantan
  5. Terbaik keseluruhan – Selangor

*(Ketua Kontinjen Negeri menerima Piala Pusingan + Sijil)

Turut diadakan buat julung-julung kalinya ialah ‘Jemputan Antarabangsa Perlis 2019’ melibatkan penyertaan para peserta dari Thailand, Indonesia dan Brunei yang mana Nurjannah Yusoff Piliang dari Indonesia berjaya membawa pulang hadiah Platinum berupa sijil, hadiah iringan, piala dan RM1,000.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE