Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Manfaatkan Inovasi Untuk Tingkatkan Kualiti Hidup n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Manfaatkan Inovasi Untuk Tingkatkan Kualiti Hidup

Manfaatkan Inovasi Untuk Tingkatkan Kualiti Hidup

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 25 Jun 2019 10:20

KANGAR - Anggota masyarakat perlu sentiasa berusaha bagi meningkatkan lagi kualiti hidup masing-masing dengan memanfaatkan inovasi yang ada ke arah kebaikan dan dengan sebaik-baiknya, sesuai dengan perkembangan ciptaan teknologi dan hasil inovasi yang berlaku saban hari.

Demikian seruan yang dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran kempen 'Op Sifar Cicir Sekolah peringkat SMK Perlis, SK Sena, SK Seri Perlis dan SK Utan Aji yang diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Sena di Kangar, kelmarin.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu disambut oleh Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf Dan Hartanah Mal (MAIPs), Mohd. Nazri Md. Rejab.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew; Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Perlis, Mohd. Rosli Alias serta empat orang pembantu guru Bahasa Inggeris (ETA) berasal dari Amerika Syarikat yang terlibat dalam program selama hampir setahun di negeri ini yang dikendalikan secara bersama oleh Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (MACEE) dan Kementerian Pendidikan bagi membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar di empat buah sekolah menengah.

"(Namun) Pada masa yang sama, jauhkanlah diri daripada menyalahgunakannya kerana ia boleh merosakkan diri, malah memberi kesan buruk terhadap agama, bangsa, negeri dan negara.

"Ingatlah, jika kebaikan yang kita inginkan, InsyaAllah maka segala yang baik juga akan kita perolehi. Begitu juga jika kita rajin berusaha dan yakin pada diri sendiri, pasti kejayaan akan mengiringi kita," titah baginda.

Tambah baginda lagi, pusat-pusat pendidikan seperti sekolah sesungguhnya turut menyokong secara tidak langsung agenda pembangunan negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berinovasi dengan membina dan mengukuhkan lagi kemahiran, kebolehan serta keyakinan diri para pelajar.

"Pada masa yang sama, kepada para pelajar pula, merekalah sebenarnya generasi penggerak kemajuan negara pada masa akan datang. Insya Allah," titah baginda.

Di majlis yang sama, seramai 285 orang pelajar terpilih dari kalangan keluarga asnaf masing-masing menerima sumbangan agihan zakat berjumlah RM600 daripada pihak MAIPs bersempena program ini.

Bersempena program tersebut yang disekalikan dengan kayuhan 'MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf' kali ke 45 bagi tahun ini juga, Tuanku Raja Muda turut berkenan singgah merasmikan projek peningkatan sosio ekonomi asnaf MAIPs berupa sebuah warung makan diusahakan oleh Roslina Sabu, 42 tahun (No Tel: 0124181432) yang beroperasi sejak 1997 di No 16-1 Kampung Tok Kandang, Jalan Padang Behor, Kangar yang menerima sumbangan MAIPs berjumlah RM800 untuk bantuan modal membeli peralatan pada bulan Januari awal tahun ini.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE