Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hayati 'Tertib' Dan 'Santun' - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Hayati 'Tertib' Dan 'Santun' - Raja Muda Perlis

Hayati 'Tertib' Dan 'Santun' - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 25 Jun 2019 11:20

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa 'Tertib' dan 'Santun' merupakan ciri dan elemen Adat Melayu yang harus dihayati.

Tertib ditakrifkan sebagai 'peraturan yang baik yang patut diturut' dan membawa kepada 'makna mengikut peraturan atau susunan yang telah ditetapkan' serta 'teratur dengan rapinya'.

Manakala 'santun' membawa kepada makna 'halus budi pekerti dan beradab'. Santun juga adalah manisfestasi kepada 'rasa belas kasihan terhadap orang lain selain suka menolong'. Bahkan orang yang penyantun adalah 'orang yang halus budi bahasanya'.

"Jika diamati, orang yang mempunyai sifat tertib dan santun, adalah merupakan seorang yang sentiasa mengikut peraturan yang baik serta mempunyai peribadi halus, berbudi bahasa, suka menolong dan sentiasa belas kasihan kepada orang lain. Inilah lambang ketinggian adat dan budaya Melayu. Ia wajar ditanam, dibajai dan disuburkan agar membuahkan kebaikan yang berpanjangan, " titah baginda ketika berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis sidang kedua bagi tahun 2019 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Kangar, semalam.

Turut hadir, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menambah bahawa dalam hubungan ini, MAIPs wajarlah menekankan elemen 'tertib' dan 'santun' dalam setiap kerja buatnya.

"Pengurusan MAIPs haruslah sentiasa menjunjung tinggi undang-undang yang telah ditetapkan. Sesuatu peraturan yang telah diputuskan sekiranya baik demi kepentingan umum, hendaklah diikuti dengan tertib dan tersusun.

"Warga Pengurusan MAIPs hendaklah komited mempertahankan prinsip 'Berani Kerana Benar' selain mengikut peraturan yang telah ditetapkan bak kata pepatah 'Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung'," titah baginda lagi.

"Elemen kehalusan budi pekerti dan beradab mestilah menjadi amalan warga Pekhidmat Majlis.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE