Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Saksikan Latihan Atlet Gimnas n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Saksikan Latihan Atlet Gimnas

Raja Muda Perlis Saksikan Latihan Atlet Gimnas

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 25 Jun 2019 13:20

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi menyaksikan latihan dan seterusnya memberi titah perangsang kepada para atlet pasukan gimnastik artistik negeri yang sedang berlangsung di pusat latihan atlet gimnastik negeri Perlis di Dewan Tertutup Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar baru-baru ini.

Baginda menitah nasihatkan agar para gimnas terbabit dan juga semua atlet dalam bidang sukan lain yang diceburi supaya sentiasa berusaha keras dan berdisplin dalam latihan.

Mereka juga hendaklah berfikiran jauh ke hadapan untuk lebih berjaya bukan sekadar untuk jangka pendek tapi juga jangka masa panjang, titah baginda.

Para gimnas tersebut rata-ratanya berusia dari seawal 6 hingga 20 tahun juga disarankan supaya jangan sekali-kali mengabaikan pelajaran akademik di sekolah, malah hendaklah seiringan menyasarkan untuk belajar hingga ke peringkat universiti dan lulus dengan cemerlang sebagai jaminan masa hadapan kelak.

Para atlet berkenaan kini sedang membuat persediaan untuk mengambil bahagian di dalam ‘Kejohanan Southern Michigan Gymnastics’ yang akan dipertandingkan di Sungai Petani, Kedah pada bulan Julai yang akan datang ini.

Untuk rekod, pasukan gimnastik Perlis saban tahun mengambil bahagian di dalam Kejohanan Sirkit Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan selain kejohanan-kejohanan lain di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekokah Malaysia (MSSM).

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE