Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Beri Layanan Mesra Tanpa Prejudis - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Beri Layanan Mesra Tanpa Prejudis - Raja Muda Perlis

Beri Layanan Mesra Tanpa Prejudis - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 28 Jun 2019 11:20

KANGAR, 28 Jun 2019 (Jumaat) - Amalkanlah pendekatan sentiasa memberikan layanan terbaik dan sama rata terhadap semua pelanggan tanpa mengira kaum, agama maupun kedudukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan berpaksikan kepada peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sikap ingin membantu, prihatin, hormat menghormati dan ikhlas dalam menyelesaikan masalah pelanggan perlulah sentiasa ada di dalam diri setiap warganya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perlis, Tahun 2019’ yang diadakan di Kompleks UTC di sini semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah SSM Perlis Ahmad Nizam Samsoo.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Eksekutif Penguatkuasaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Khuzairi Yahya.

Baginda turut menitahkan tahniah kepada pihak SSM kerana difahamkan bahawa kebanyakan urusan pendaftaran perniagaan atau syarikat di SSM kini sudah boleh dilaksanakan secara talian terus atau online. Ini merupakan satu pendekatan bijak yang dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak sejajar perkembangan arus teknologi kini.

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyatakan penghargaan kepada SSM Perlis kerana kerana turut terlibat dalam pengagihan semula zakat korporat organisasi mereka kepada golongan asnaf berkelayakan yang telah dikenal pasti melalui bantuan pihak MAIPs dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Semoga program sebegini dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang dan merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama Agensi dan Jabatan di negeri Perlis.

Menurut Ahmad Nizam pula, sejak bertapak di Perlis, SSM banyak memainkan peranan dalam mempermudahkan serta mempercepatkan proses pendaftaran perniagaan di negeri ini selain memberikan perkhidmatan khidmat nasihat kepada golongan peniaga dalam memastikan setiap peniagaan yang dijalankan mematuhi kehendak undang-undang dan secara tidak langsung juga memberikan perlindungan kepada pengguna yang berurusan dengan perkhidmatan dan perniagaan yang beroperasi di negeri ini.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE