Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerajaan Melaka Rai Komander Askar Wataniah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kerajaan Melaka Rai Komander Askar Wataniah

Kerajaan Melaka Rai Komander Askar Wataniah

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 01 Julai 2019 09:20

MELAKA, 1 Julai 2019 (Isnin) - Kerajaan Negeri Melaka meraikan para Komander-komander Rejimen Askar Wataniah dari seluruh negara sempena Mesyuarat Sidang Komander Askar Wataniah Siri 31/2019 dalam satu majlis makan malam yang diadakan di Hotel Casa Del Rio Melaka malam semalam.

Ketibaan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan isteri yang menghoskan majlis tersebut disambut oleh Asisten Panglima (AP) Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat dan Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Brigedier Jeneral Datuk Yusof Jantan.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama ialah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah yang mempengerusikan persidangan yang diadakan secara tahunan berkenaan.

Terdahulu, dalam ucapan penangguhan persidangan pada sebelah siangnya, Hasagaya berharap dengan usaha yang gigih, Askar Wataniah akan terus berkembang sejajar dengan pembangunan Tentera Darat.

"Bagi memastikan Askar Wataniah terus cemerlang dan membangun seiring transformasi Tentera Darat, Askar Wataniah akan sentiasa di beri perhatian berterusan oleh Tentera Darat.

"Ini adalah kerana Tentera Darat hanya mempunyai sebuah pasukan simpanan dan pasukan simpanan itu adalah Askar Wataniah dan ia akan kekal relevan dalam perkhidmatan Tentera Darat," katanya.

Askar Wataniah, kata beliau, akan terus dibentuk dan dilatih bagi membolehkannya diaturgerak untuk membantu Tentera Darat.

"Dalam mengekalkan agenda keamanan dan pertahanan negara, kerjasama serta komitmen semua pihak dalam memainkan peranan diperlukan demi kemajuan bagi meningkatkan martabat Askar Wataniah agar ianya sentiasa relevan sepanjang masa," katanya. 

Hasagaya juga berharap agar sidang pada kali ini menjadi titik tolak kepada anjakan paradigma dari aspek pengambilan dan pengekalan perkhidmatan Anggota Wataniah serta pendekatan latihan yang akan dilaksanakan.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE