Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Woodball Asia: Malaysia Catat Keputusan Memberangsangkan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Woodball Asia: Malaysia Catat Keputusan Memberangsangkan

Woodball Asia: Malaysia Catat Keputusan Memberangsangkan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 01 Julai 2019 11:20

KANGAR, 1 Julai 2019 (Isnin) - Kejohanan Woodball Piala Asia ke-11 anjuran Persekutuan Woodball Asia (AWbF) yang berlangsung di bandar Boeun-Gun, Chungbuk, Korea Selatan melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Sebanyak 14 pasukan dari 12 buah negara iaitu Malaysia, China, Chinese Taipei, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Jepun, Mongolia, Pakistan, Singapura, Thailand beserta dua pasukan dari benua lain iaitu Peru dan Uganda mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini.

Pasukan Malaysia diwakili oleh 24 orang pemain telah berjaya menduduki tempat ke-5 dalam kategori Berpasukan Lelaki Piala Asia, tempat ke-4 kategori Berpasukan Wanita Piala Asia, tempat ke-6 kategori Beregu Wanita Piala Asia dan tempat ke-8 bagi kategori Beregu Campuran Piala Asia.

Turut berlangsung ialah Kejohanan Woodball Terbuka Korea yang diadakan bersempena Kejohanan Woodball Piala Asia tersebut yang diadakan pada masa yang sama.

Pasukan Malaysia berjaya mendapat tempat ke-3 bagi kategori ‘Berpasukan Wanita Terbuka Korea’ dan tempat ke-4 untuk kategori ‘Berpasukan Lelaki Terbuka Korea’.

Menurut hebahan media oleh Persatuan Woodball Negeri Perlis, enam daripada 24 orang pemain kebangsaan mewakili Malaysia iaitu tiga orang pemain lelaki Zulkfili Said, Mohd Fazli Mohamed dan Hasfizal Samad serta 3 orang pemain wanita Aironisma Abdillah, Anis Waheeda Adnan dan Qistina Mohd Reffal merupakan pemain daripada pasukan Perlis.

Zulkifli, Fazli dan Hasfizal bermain dalam kategori Berpasukan Lelaki Piala Asia dan mendapat tempat ke-5 dan Berpasukan Lelaki Terbuka Korea mendapat tempat ke-4.

Aironisma, Anis dan Qistina pula bermain untuk kategori Berpasukan Wanita Piala Asia mendapat tempat ke-4 dan Berpasukan Terbuka Korea Tempat ke-3.

Anis dan Qistina turut bersaing dalam ketegori Beregu Wanita Piala Asia dan mendapat tempat ke-6, manakala Hasfizal dan Aironisma juga turut berentap dalam ketegori Beregu Campuran Piala Asia dan mendapat tempat ke-8.

Untuk rekod, Kejohanan Woodball Piala Dunia ke-9 akan diadakan di Perlis pada 24 hingga 30 Julai 2020 tahun hadapan. Persatuan Woodball Negeri Perlis sedang bertungkus-lumus membuat persediaan bagi menyambut 23 buah negara yang bakal bertanding dalam Kejohanan Woodball Piala Dunia tahun hadapan di negeri ini dan para pemain tempatan sedang sibuk bersaing di dalam Kejohanan Woodball merebut Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra dan juga Piala Tuanku Canselor UniMAP.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE