Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP Disenarai 700 Universiti Terbaik Di Dunia n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP Disenarai 700 Universiti Terbaik Di Dunia

UniMAP Disenarai 700 Universiti Terbaik Di Dunia

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 02 Julai 2019 08:20

KANGAR, 2 Julai 2019 (Selasa) - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri majlis santapan malam yang dianjurkan bersempena pengumuman “UniMAP’s Top 700 University in The World” peringkat Universiti Malaysia Perlis yang diadakan di Dewan Terbuka Kelab Golf Putra (KGP) Perlis di Sungai Batu Pahat, Kangar baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda berdua ke majlis itu disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Kamarudin Hussin dan Naib Canselor, Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad beserta ketiga-tiga timbalan beliau.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP.

Yang hadir sama, ahli-ahli lembaga pengarah beserta ketua-ketua jabatan dan juga para pegawai kanan universiti.

Tambah istimewa lagi di majlis berkenaan ialah para hadirin berpeluang untuk bersama-sama meraikan upacara memotong kek ‘Hari Ulang tahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis yang ke-73’.

Untuk rekod, selepas 17 tahun penubuhannya, ini merupakan pertama kalinya UniMAP berjaya menempatkan diri dalam kelompok 701-750 universiti terbaik dunia berdasarkan senarai terbaharu Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE